Friday, March 12, 2010

Akhirnya....

Detik 11 mac muncul juga. Akhirnya, selepas 3 bulan meninggalkan uniform sekolah, aku terpaksa mengenakannya kembali sebab cikgu mewajibkan sesape nak ambil result, kena pakai baju sekolah.

Pagi tu pegi driving school dulu, ada praktikal ( masih sempat ). kul 11.30 siap, terus ke sekolah...

Di dewan,
aku sampai agak lewat so, dah ramai kawan2 yang dah balik. pegi la kat meja yang tertera nama kelas aku. rupa2nya, aku orang kedua last ambik result untuk kelas aku. Dapat je result.............

"Alhamdulillah"

cikgu2 pun ucap tahniah. kawan2, junior2 sume tengok result aku. diorang main rembat je.. tak sempat aku tahan. walaupun diri ini tak suka resultku dijaja2, tapi ku sabar jela. memandangkan itu adalah SPM. Kalau aku dapat straight A+ takpe la.. ni sekadar cukup2 makan je. orang kata, bolehla untuk meneruskan kehidupan.

Yeah, aku bersyukur sangat11 dengan resultku. Seperti yang ku idamkan dan impikan. Alhamdulillah11..
Syukur Ya Allah... tak dapat diungkapkan dengan kata2. coretan dalam blog ni tak menggambarkan segalanya.

Nak sambung ape lepas ni?
Ya, masih seperti keinginanku yang asal. Melarikan diri sejauh2nya dari bidang sains..
Moga2 apa yang aku putuskan nanti adalah yang terbaik untukku mengikut perancanganNya..

Ucapan terima kasih banyak2 buat :

1) ummi dan abah. terima kasih ummi sebab sanggup tunggu aku study malam2. walaupun tersengguk2 ummi di meja studyku, tapi tetap sanggup tunggu sampai aku tutup buku dan habis study. Untuk abah, terima kasih sebab sanggup pegi hantar dan ambik aku ke sekolah dan atas jasa2 lain..

2) Guru di SMKATJ yang dah ajar aku dari form 1 hingga form 5. Terima kasih cikgu. kalau tak kerana jasa cikgu, aku takkan dapat menempa kecemerlangan ni. ( cikgu raina, luv u so much )

3) Kawan2, sahabat2 yang banyak bantu aku memahami pelajaran. Buat geng studyku, geng ponteng sekolah, geng guru muda, geng meja, geng 3 Al-kauthar yang kamceng forever, geng makan bekal, geng usrah, dan semua geng yang aku ada, syukran jazilan ku ucapkan. Faham2 jela, aku banyak ponteng sekolah n kelas sejak awal tahun so, korang lah yang ajar aku balik sillibus yang dah tertinggal. tq2..

4) Buat makcik2 pekerja di SMKATJ, terima kasih sebab layan kerenahku yang banyak mulut ni dan selalu interview makcik macam2.. huhu

5) Dan semua insan yang telah mendoakanku dan membimbingku hingga berjaya. Leteran, nasihat, peringatan, dan motivasi dari kalian amat ku hargai..

Wednesday, March 10, 2010

Arghhh.....

Huh,, geram btoi aku!! dalam keadaan yang aku sangat2 perlukan hp, tetiba plak hp aku buat hal..
mula2 sume data dlm memory kad aku hilang. sume gambar kenangan kat sekolah,kem dll hilang. sume lagu2 yang beribu dlm hp n theme lawa2 dah hilang. tapi aku sabar lagi..

patu tetiba 2 3 ari lepas tu, sume contact numbers dlm phonebook aku hilang. sume msj dlm inbox pun hilang.. ni yang aku hot ni.. habis sume nombor kawan2 sekolah, kawan2 krj, cikgu2 sekolah, kakak2 or abang2 senior, sedara maraku n kawan2 sekolah lain hilang. GERAM BANGAT!!! patu hp tu siap jd no network coverage lagi..

pastu aku pun gi la hantar hp aku kat sony centre kat billion, kota bharu. kebetulan aku g HUSM. kat ganu takde sony centre.. alhamdulillah, nasib baik hp ku masih dalam tempoh 1 year warranty. so, no charge laa..

sekarang ni aku guna iphone apple  yang touch screen.. susah bangat sih nak taip mesej.. tak suka aku!! tp, nasib baik aku ada hp spare.. sekarang, aku tak tau sama ada nak ckp jgn guna brand sony ericsson or sony ni memng banyak problems. atau mgkn yang jenis walkman je kot.. hp ku model W705.. so sesape yg nak beli yang model ni, baik jangan.. nanti cepat rosak.. huhu

p/s: mana2 kawan yang baca post ni, tolong tinggalkan num hp masing2 utk aku save balik ye..
result SPM tau esok.. takutnye aku.. pape pun, ku harap diri ini redha dengan ape je rezeki yang ALLAH tetapkan untuk ku.. Gud luck teman2!!

Sunday, March 7, 2010

Selamat pulang

Family pakcik Abdullah dari soghomban menginap kat rumah aku semalaman. ye, selamat datang diucapkan.

Tapi, pakcik datang ngan kak kalthum ( skarang kat DQ) n furqan (sebayaku-ex shams) je..Makcik min dan adik2 yang laen sekolah..
semalam duk sembang2 ngan kak kalthum n furqan sampai kul 1 pagi lebih kot..huhu.. akibatnya, tdo lewat semuanya..

Dan sekarang, lepas pakcik habis kejenya di uitm dungun, mereka bertolak pulang ke seremban..
Selamat jalan dan selamat pulang diucapkan..

p/s: orang yang sengal badan sebab tak tido dalam bilik tu, padan muka la ye..hehe

Saturday, March 6, 2010

Kisah Baju Sembahyang......

Suatu hari di driving school..(PSM Academy)

Aku dah selesai urusanku di sana untuk hari itu. lalu aku segera ke pejabat untuk cop jari. Aku memang dah bersedia untuk pulang ke rumah sebab masa tu dah sangat exhausted. Tu la akibatnya tak bawa ubat dan malas makan ubat! tiba2, guru memanduku cakap, "munirah, awak tunggu dulu ye. dalam setengah jam lagi pak awie hantar awak balik".....huh,, dahlah aku nak balik cepat. masa tu dah jam 3.30 petang. aku solat pun tak lagi ni!!
Tiba-tiba....

sis a : "eh,aku punye giliran lambat lagi r. ni leceh jadi calon PSM ni. kalu ada cikgu, kan senang.."
sis b : " sama r ngan aku. kakak tu kate lepas asar baru boleh. eh,mu semayang dok agi?"
sis a : " dok agi r ni.. nak semayang gane, baju semayang pun aku dok bawak"
sis b : " doh, meh r kite g tengok kat surau tu.. kot2 ade baju semayang.. biar r busuk pun. pakai jela..
aku : "kak2, akak nak g solat ke? jom.. saya pun nak g solat gop"
sis b : " adik bawa baju semayang ke?" (*dengan muka mengharap*)
aku : " tak.."
sis a : " doh, adik nak semayang pakai baju semayang mane?"
aku : " pakai baju ni jela.." (sambil menunjukkan ke arah bajuku)
sis a&b : " hah??" (*muka pelik*)

on the way ke musolla...

sis a : " dik, boleh ke solat dok pakai baju semayang? kak takut dok sah je solat adik.."
aku : " boleh je kak.. asalkan menutup aurat"
sis a : " terasa akak dik kabo gitu..tapi adik takpe r. pakai baju kurung. tudung labuh lagi."
aku : " tak pakai baju kurung dan tudung labuh pun boleh gop kak. asalkan tutup aurat dan cukup syarat"
sis b : " doh kalau akak pakai baju kurung boleh la ye?"
aku : " boleh.. tapi make sure baju dan tudung akak tak nipis dan jarang r.."
sis b : "ha? akak tak faham r.. "
aku : " maksudnya, asalkan akak pakai baju yang cukup syarat untuk menutup aurat, tak yah pakai baju semayang pun takpe. dan baju akak tu mesti r tak ketat dan jarang. tudung akak pun sama, tak nipis dan labuh menutupi dada. kalau semua dah lengkap, ok laa"
sis a : " dah adik kalau gi jalan2, tak bawa kain semayang la yer? "
aku : " erm,, lebih kurang gitu r.. jarang2 je bawa kain semayang. kalau baju saya kena najis, baru r saya pakai baju semayang kak.."
sis b : " dik, bila awak start pakai yang labuh2 ni? tak panas ke? "
aku : " lupa la.. rasa2 nya masa akhir form2. tak panas pun kak, lagi selesa ape"
sis b : " sebelum tu? "
aku : " pendek2 jugak"
sis b : " adik memang pakai tudung besar sokmo ke? "
aku : " tak semestinya pakai tudung labuh kak, macam saya kata tadi la, asalkan tutup aurat.. saya gilir jugak. tengok yang mana dah iron je " 
sis b : " hurm..." (*sambil memikirkan kata2ku*)

Secara jujurnya aku katakan, memang aku seorang saja makhluk asing yang memakai baju kurung dan tudung labuh kat PSM Academy tu. Aku pun pelik jugak, tapi perasaanku normal n neutral. PH7..hehe. tak de langsung rasa malu or segan.. Kulihat orang lain rata2nya meminjam baju dari adik2 mereka. Mungkin mereka sesaiz kot..


' dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) ' -annur:31


Teringat pulak pesanan ustazah subjek syariah islamiyah, ustazah maimunah.
" kalau awak nak tau awak dah tutup aurat dengan sempurna atau tak, awak checklist diri awak sendiri sama ada pakaian yang awak pakai untuk keluar tu boleh dipakai untuk solat atau tak. kalau awak yakin boleh solat tanpa kain sembahyang, maknanya awak dah menutup aurat dengan sempurna. "

thanks a lot ustazah atas nasihat dan peringatan yang cukup mendalam tu, Insyaalah aku akan sematkan dengan utuh di dalam jiwa sampai bila-bila..

pernah jugak seorang junior tanya aku camne aku boleh start pakai tudung labuh. aku cuma jawab macam ni..

" cuba awak bayangkan, kalau kita exam, kita mesti la nak result yang gempak. kalau kita masak, mestilah kita nak makanan kita tu sedap. kalau kita beli baju, mestila kita nak baju kita tu yang berkualiti. kalau kita main bowling, mestila kita nak score paling tinggi. sama la jugak kalau kita solat,mestila kita nak solat kita tu sempurna dan kalau kita nak tutup aurat, mestila kita kena tutup dengan sempurna. kalau kita solat dan tutup aurat hanya untuk cukupkan syarat dan sekadar cukup2 makan je, no use and not worth la kita lakukan semua tu. pahala tak dapat, dosa pulak yang kita kumpul. "

Junior tu terus tersengih dan mengangguk-angguk..

Pernah jugak masa aku solat kat Masjid Ladang, aku hanya terus solat tanpa mengambil baju sembahyang di rak belakang. Kebetulan pulak masa tu aku masih kekal wuduk dan mengenakan jubah. Tapi lepas aku sudah solat tu, ada makcik kat masjid tu datang tegur aku dan mengatakan yang solatku tak berapa sempurna. bila aku tanya kenapa, makcik tu jawab sebab aku tak pakai baju sembahyang. kemudian aku pun jawab lah yang pakaian ku dah cukup syarat dan boleh dibawa dalam solat. Aku cakap jugak kalau aku pakai baju sembahyang pun, aku tak kan salin jubahku. So,kire macam aku pakai 2 lapis la. Tapi, makcik tu tak nak terima jugak penerangan aku tuh. Last2 sekali, aku yang tak mahu gaduh ngan makcik dan hormatkan makcik, aku terus ngaku yang aku salah dan mintak maaf.

Konklusinya di sini ialah, masih perlukah baju sembahyang itu jika pakaian kita sudah boleh dibawa untuk solat? kan lebih senang begitu, tak perlu lagi nak bawa beg asing semata-mata untuk letak baju sembahyang.

~ selamat berfikir ~

Monday, March 1, 2010

Welcome Marwah !!!!

Titt....tittt...
1 message received
 ' Hani, kite jd g ganu.. ibu kite kasi '........mesej from marwah

keesokan paginya, masa tu ummi tengah siap2 nak gi keje.. tengah betul2kan tudung depan cermin.. lalu datanglah aku dengan senyum kambingnya,,,

aku : ummi, ada kawan nk datang. Die dari KL. Anak makcik Ton.
ummi : Makcik Ton mhi tu ke?
aku : haah.. die tido sini
ummi : owh, datanglah.. die lelaki ke perempuan?
aku : mestilah perempuan mi.. takkan lah nak ajak budak laki tido rumah kowt...
ummi : mana la ummi tau..die nak datang bila?
aku : isnin malam sampai sini..
ummi : owh...

huhu... ummi2.. ade ke.. takkan la aku nak ajak kawan laki datang dan tido kat rumah kot. kalau setakat datang beraya or datang jenjalan je kat rumah, boleh la..

dan pada hari ini, saat ini, detik ini, aku hanya menunggu masa je untuk menyambut ketibaan marwah.. beberapa detik je lagi, marwah akan tiba di bumi terengganu.. WELCOME TO TERENGGANU MARWAH !!! dan aku dah berjanji dengan marwah untuk menjemputnya dekat airport.. kebetulan, dekat je ngan rumah aku.. tengah tunggu call dari marwah je ni untuk p jemput die..

dan esok,, marwah dan fira akan ikut aku ke HUSM, kubang kerian.. aku ada appointment dengan speciallist kat sana. mula2 aku ajak fira je temankan aku ke sana. tapi, alang2 marwah ada kat sini, so angkut jela sekali. esok perjalanan 3 jam ke HUSM.. dan semestinya kami akan sembang puas2 dalam kereta...

setakat itu dulu.. hantaran ni dipost sementara menunggu ketibaan marwah shamsuri aka peserta paling rajin mhi.. hohoho..

p/s : masih merangka2 dalam kepala kemana mahu bawa marwah jenjalan kat ganu ni yea?? urm,, masjid kristal ok kot.. lg? naik bot dari jeti seberang takir ke jeti shahbandar. mesti best. explore sg ganu. sebelum ni gi bandar naik kereta,kali ni naik bot..huhuhu