Friday, June 25, 2010

Sekitar pelancaran IKRAM







KUALA LUMPUR - Di hadapan lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara, sebuah gerakan Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dilancarkan pagi tadi. Majlis bersejarah tersebut berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan dekat sini.


Sungguhpun IKRAM nama baharu dalam dunia gerakan Islam di negara ini, ia bukanlah pertubuhan (NGO) yang baru hendak bertatih. IKRAM lahir hasil gabungan lima NGO yang selama ini bergerak berdasarkan pengkhususan masing-masing. NGO terbabit, Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS). Aqsa Syarif Berhad yang ditubuhkan Februari lalu menjadi NGO kelima yang bernaung di bawah IKRAM.

Setakat hari pelancarannya sahaja, IKRAM telah mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri di seluruh negara, manakala bilangan ahli-ahlinya sudah menjangkau 3500 orang. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Pelancaran IKRAM telah disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad. Lagi baca disini





LAGU IKRAM

Wednesday, June 23, 2010

Darul Quran JAKIM.. peneraju tarbiyyah

Aku telah selamat melaporkan diri di Darul Quran JAKIM, kuala kubu bharu, hulu selangor. Alhamdulillah, aku bergelar mahasiswi DQ yang akan menjulang Al-Quran Kalamullah. Walaupun aku hadir ke DQ dengan perasaan yang cukup tak tenang (berbelah bagi) dan tak bersedia dari segi mental sepenuhnya, tapi aku bersyukur kerana dapat mengecapi suasana biah di DQ. Subhanallah, mendamaikan jiwa...

Orientasi...
Huh,gempak kot orientasi DQ ni. Tak pernah berlaku di mana2 IPT lain. Sangat special!! sangat gempak!! kalau sape2 nak tau, kena masuk DQ dulu. memang korang takkan terbayangkan orientasi sebegitu rupa. yang paling menguji jiwa ialah kembaranya.. wah,mantop!! objektif orientasi sedemikian rupa ialah untuk mendedahkan pelajar dengan cabaran yang akan dihadapi kelak dalam usaha untuk menjadi seorang hamalatul quran. "Bukan senang nak pegang Quran 30 juz, kalau cabaran orientasi ni pun, kamu tak boleh nak lalui, baik kemas beg dan balik kampung lah.." itulah kata2 seorang ustaz yang terngiang2 di telinga. Yup, aku akui itu.. cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk menghafal Quran tu sangat la besar.. Hanya orang yang terpilih je yang boleh melaluinya.. Subhanallah

Perkara lain yang mengujakan aku di bumi barakah DQ ni ialah peraturan2 nya yang telah ditetapkan oleh HEP. Wow, ni pun hanya special di DQ je jugak.. kawan2 di IPT lain takkan merasainya.. kekadang tu tension jugak. hampir nangis aku dibuatnya dengan peraturan2 ni..huhu

Tapi, suasana di DQ ni sangatla tenang.. Setenang air tasik yang tak pernah bergolak. 1st time aku jejak kaki kat DQ, aku terfikir, skrg ni musim DQ cuti ke.. sebabnya sangatla sunyi dan sepi. rupa2 nya pelajar DQ ade je. Tapi masing2 bersopan santun, sama2 menjaga biah solehah bumi DQ. Memang tak kedengaran langsung hiruk pikuk yang kebiasaannya berlaku di IPT. Solat jemaah,tazkirah,kuliah menjadi rencah pembinaan sahsiah pelajar DQ. Setiap kali selepas solat, ade je tazkirah atau kuliah, cuma atas individu tu nak pegi dengar ke tak.. Aku pulak kurang gemar ke surau banat, tapi gemar ke masjid. Mungkin sebab blok asrama ku menghadap masjid dan lebih dekat. Lagipun masjid best, ade karpet. Kat surau kene duk atas mozek, sejuk lah..tak tahan aku. Kalau aku gi solat surau, mesti aku cepat2 balik bilik sebab sejuk..

Habis je orientasi seminggu, pelajar dibahagikan jadual kuliah.. Huh,best kot jadual die..takde la pad sangat. kebanyakkan hari kuliah habis tengahari je. so petang dan malam ialah masa bebas.. tapi ade jugak yang habis sebelah petang. setiap hari, jam 8-11 pagi ialah kelas tasmi' (wajib untuk semua pelajar sebab nilah core di DQ).

Kelas tasmi'.. Wah,sangat5 best!! Alhamdulillah, aku dapat ustaz yang sangat2 sporting (ust rashidi), kawan2 sekelas yang sangat2 otai,sempoi n giler2 belaka. Ramai budak kelas lain yang jeles ngan kelas aku, sebab kelas aku sangat hepi go lucky..gelak je memanjang.. Huh, aku sangat rindukan kawan2 di kelas tasmi'. credit to syifa',sarah,adik ummu,angah,sumi,kak mirah,hasanah,suraiya,azira,audad n ummi kalsum.. aku dapat gelaran wartawan yang diberi oleh ust shidi (sbb paling banyak cakap kot,ntahlaa..). ummu plak gelaran penyebar virus tido..haha

Kafe, dewan makan pun best.. kalau time aku bosan ngan makanan dewan makan, aku gi beli kat kafe.. kekadang makan roti je dalam bilik..tu kalau malas turun makan tahap dewa la tuh..huhu..

Tapi, sekarang ni, semua tu hanyalah kenangan belaka.. Aku secara rasminya telah memberhentikan pengajian di DQ kini. Why? sebab aku dah dapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia,sintok,kedah, Buat degree in islamic banking and finance selama 3 tahun. Kemudian akan menyambung pengajian di peringkat Master n PhD di Jordan, InsyaAllah.. Aku dapat tajaan bawah yayasan Terengganu (berbangga aku jadi anak terengganu) bawah fast-track program. Mungkin ramai yang tanye, cmne fast-track tu? program tu ialah program ekspress untuk pelajar cemerlang Terengganu sahaja. 15 orang yang dapat. Alhamdulillah, aku pun dapat gak. Terus masuk 1st year degree tanpa buat matrik,asasi or diploma terlebih dahulu.. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalanku..

Tula serba sedikit cerita tentang DQ.. Jazakillah buat roomate ku Fatimah Husna bt Zaaba yang sangat baik dan memahamiku. padahal kami dua2 satu kepala, tu yang boleh ngam..huhu.. Juga buat naqibahku along n ayong yang dah mentarbiyahku selama aku disana. Juga buat adik-beradik usrahku. Juga buat kawan2 blok A..
Thanks a lot juga buat :
1)pensyarah tasmi' (ustaz rashidi)
2)pensyarah madah
3)pegawai2 HEP
4)ustaz najib (inteviewer ku)
5)warden banat (ustazah norsyida dan ustazah shahidah)
6)penyelia asrama
7)kakak2 dewan makan
8)makcik2 kafe

Alhamdulillah, aku dah berjaya menghafal al-quran sepanjang aku di sana. walaupun aku pernah nangis sebab ayat yang dihafal tak masuk2 dan keesokannya kena tasmi' 7 mukasurat. Jam 1pagi aku baru dapat 3 muka..huh,nasib baik sempat jugak ku hafal 7 muka tu sebelum kelas tasmi' bermula.. semoga aku terus istiqamah..amiin ~

Dengan NamaMU..

Bismillah..
In the name of Allah..

Agak lama dah ku tak menulis dalam blog ni. Sepi blogku bukan bermakna aku menyepi. Cuma kurang berkesempatan utk menulis. Ramai yang bertanya apesal blog sepi jep,tp itulah hakikatnya..memang sepi pun.

Jadi di sini aku kongsikan beberapa peristiwa yang aku lalui sepanjang 3 bulan ni..

1) Cuba menyudahkan lesen kereta ku yang tertunggak

2)My sis's birthday)

3)Orientasi DQ yang sangat2 menguji jiwa dan raga..dahsyat!!

4)Reunion MH-i di Bukit Fraser (malangnya x leh join)

5)Walimah kak long ainul di seremban(6 Jun).. selamat ye kak long~

6)Appointment di HUSM kubang kerian (entah bila la nak settle)

7)Pelancaran IKRAM



Sekian...