Saturday, January 30, 2010

Imbauan di sekolah...

Rindunya aku pada zaman persekolahan.. dengan teman2 yang sporting, cikgu2 yang cool, kelas tambahan yang best, kelas P&P yang enjoy, kelas guru muda yang gempak dan geng kamceng yang supportive.. rasa macam baru je lagi melangkah masuk ke pagar smka tok jiring utk pendaftaran masa form 1 dulu. eceh,buat sadis pulak..

Jom, mengimbau kenangan di sekolah.. tak leh taip banyak2 dah ni, nanti nangis..huhu


dalam lab biology





masa jamuan akhir tahun






masa jamuan raya aidilfitri


Dah, tu je yang sempat diupload sekarang. lain2,nanti lah.. banyak kenangan di sekolah yang tak dapat diceritakan dengan kata2. kene p merasai sendiri,baru tau. urm, ingat plak kejadian kene denda dengan cikgu Raina. walaupun dah f5, tapi cikgu tetap mendenda. tapi best jugak sebenarnye, ada la kenangan kene denda uh.. cikgu Raina memang kreatif waktu ngajar. ade je idea yang cikgu suruh kami buat. memang best la walaupun kadang2 homework yang cikgu bagi tu agak leceh. tp, buat jugak la. kan siapkan homework salah 1 cara nak hormat guru.. nanti masuk ipt, dah tak merasa denda-mendenda ni. so, zaman sekolah, kutiplah pengalaman sebanyak mugkin kerana itulah pengalaman berharga anda waktu remaja.

Ape lagi ye.. ha, kenangan bawa bekal ke sekolah.. 1 kenangan yang best dan tak dapat dilupakan jugak. aku mulakan tradisi ni waktu f4. masa f1, tak ingat dah waktu rehat buat pe. masa f2, tak rehat, juz duduk dalam kelas menyiapkan homework, study or tidur. masa f3, kadang2 rehat, kadang2 tak. kalau rehat pun, hanya beli makanan di koop. masa f4 n f5, bawa bekal. tp bukan everyday la aku bawa bekal. so,hari2 aku ada simple party dalam kelas dengan teman2 yang sama2 bawa bekal dan yang nak join. best sesangat time uh.. macam2 juadah ader. aromanya menusuk kalbu. kadang2 cikgu yang masa sebelum rehat tu pun, join kitorang.. meriah! tp kalau time aku tak bawa bekal, aku tumpang la bekal kawan. share sama2. kan muafakat membawa berkat. hehe.. memang kecoh r kelas time tu. nasib baik banin kelas aku just 5 orang dan yang baik2. so, time rehat, diorang keluar rehat kat kantin or lepak kat surau sambil solat dhuha. kawan2 dari jiran sebelah menyebelah pun ada gak yang join party kami.. pokoknya, memang best r. tak kan ada lagi kenangan seindah itu..

I'm really miss that time!!!





4 comments:

  1. hani wat saya sedih je...
    b2 rindu skoloh.....byk kenangan....=( =(

    ReplyDelete
  2. geng tupperware memang hebat berbekal.best la makan samasama.rindu sekolah.sob.

    ReplyDelete