Monday, March 5, 2012

NSAID!!

agak lama tak update dan menyepikan diri dari belog sebenarnya..
sebab lagi suka jadi silent reader belog orang lain :D

NSAID, siapa tahu ape tu sila angkat tangan sambil goyang ibu jari ^^

saya ada satu cerita yang agak tak best tentang ni..
siblings NSAID ni banyak contoh paracetamol,ponstan etc..
sila dan tolong jangan ambil ubatan jenis NSAID ni dengan kadar yang banyak (overdose)!

ni la die~

"abah,ada kat mana?"
"ada kat sekolah la.. kenapa?"
"boleh tak kalau tak mau ambik exam petang ni?", air mata dah mengalir..huhu
"eh,kenapa? exam pukul berapa?"
"petang ni, kul 2.30..pening sangat la..tak boleh bangun"

waktu tu,jam dah menunjukkan pukul 1.30 petang..lagi sejam sebelum menempuhi subjek terakhir exam final semester 3..

"ok,sekarang awak pergi PKU. mintak kakak-kakak tolong hantar. ambik MC, abah dah call HEA"
"baik!"

*************************

"patutnya saya ada exam sekarang, tapi saya kat PKU ni, nak pegi exam macam mana?"
"awak ada history migrain tak?"
"entah la...."
"dah ada  ambik ubat masa awak pening tu?"
"dah.."
"ubat ape?"
"macam-macam..."
"MACAM-MACAM???"

*************************************
"awak nak bunuh diri ke ambil ubat sampai banyak macam ni?"
"tak...saya ingat dosa lagi..saya pun nak masuk syurga"
"habis tu???"
"entah, tindakan di luar jangkaan..saya ingat sakit saya boleh baik"
"awak tak pernah belajar ke tentang bahayanya ubat ni?"
"pernah, tapi saya selalu tidur dalam kelas biologi dulu..sebab tu dah lupa semua"
"ok,baring atas katil, saya nak awak muntahkan balik semua ubat tu!"
"what?? @_@" (dalam hati, menyesal aku datang!)

*****************************************
"saya nak balik bilik,macam dah ok kot"
"nanti dulu, ambik blood pressure jap, saya nak monitor"
"eh, blood pressure awak drop ni..tak boleh balik lagi!"

selepas setengah jam,
"blood pressure awak makin drop la..saya risau ni..bagi ubat semua tak jalan.."
"tapi saya rasa macam ok je, cuma pening sikit je la"

selepas setengah jam lagi,
"blood pressure awak makin rendah..ok, sekarang saya akan cucuk awak dan masukkan air"

blood pressure terus menurun walaupun habis botol pertama, diteruskan lagi dengan botol kedua..

"ok,blood pressure dah maintain..erm, saya hantar awak ke hospital alor star la..takut ada side effect overdose dan rosakkan hati"
"err,,doktor..kalau taknak boleh tak? saya dah nak balik terengganu malam ni..nanti sampai terengganu, saya akan sukarela serahkan diri masuk wad kat sana.." (alasan semata-mata sebab tak mau masuk hospital)

*************************************************
"Hani, saya pegawai HEA, awak ada peperiksaan gantian untuk subjek financial management 2 di dewan teater eksperimen lepas buka sem nanti"
"ok, insyallah.."
(dalam hati, nasib baik sekolah saya ada exam gantian..kalau tak, fail la aku paper tu!)

*************************************************
"hani dah tengok result belum?"
"mestilah belum..saya ada lagi satu paper tak settle..lepas habis exam gantian baru boleh tengok result.."

*************************************************
"abah, ummi, result dah dapat.."
"hah, dapat berapa?"
"alhamdulillah.."





alhamdulillah, haza min fadhli rabbi.. walaupun terpaksa
menempuhi badai dan berhujan panas pada awalnya, namun
Allah masih mahu menganugerahi pelangi pada akhirnya :)

ujian yang dihadapi oleh kita tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan ujian umat-umat terdahulu.
'sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya'..

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepadamu (ujian dan cubaan)seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digonccangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersamanya. Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." 


alhamdulillah, episod 3 kehidupan saya sebagai pelajar amat penuh dengan debaran, ketakutan, ujian, cabaran, dan kesulitan..namun akhirnya dihadiahi oleh Sang Pencipta dengan hadiah yang tak dijangka dan amat bernilai.. "kan tak rugi kalau kita berbaik sangka dengan setiap ujian Allah?"

'maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan'... :)


p/s:  terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak tolong saya sepanjang musim final exam semester lepas..berkongsi tips, forward nota yang saya tertinggal dalam kelas, dan memberi semangat yang tak putus-putus..semoga Allah membalas jasa kalian~


one more, please do not take overdoses medicine, no matter what your condition on that time!!!
better consult your doctor ASAP...

2 comments:

  1. i can be ur doc, do consult me, :p

    ReplyDelete
  2. nk call pun mahal..nak consult laaagi3 la mahal..ngeh3 :P

    ReplyDelete