Wednesday, November 16, 2011

Aku Harus Keluar!

Pernah tak kita jangka yang kita akan keluar dari comfort circle? selama ini belajar di sekolah agama,kawan pun dengan budak-budak baik je. Ape orang panggil tu, geng surau? haa,lebih kurang camtu la bunyinye. Tapi saya bukanlah geng surau. Saya geng yang bersembahyang di surau je. Ahaks!

Tapi pernah tak kita terbayang satu hari nanti yang kita akan tercampak ke dalam masyarakat? 'Oh no!! masyarakat apakah itu? Aku ni salu dengan geng surau je. Masyarakat-masyarakat tak main la beb'. Tapi itulah hakikat, tetiba entah kenapa saya mula terfikir sekiranya saya keluar dari comfort circle ni. Adeh, tak yah fikir lagi la. (boleh tak camtu?)

Jom baca cerita:

Aminah ni budak baik jugak la kirenye. Tapi tetibe dia tercampak ke luar negara, US pulak tu. Kawasan tu pulak kawasan minoriti umat Islam. Susahnya nak adapt kan. Tetibe lagi Aminah terpaksa berhousemate dengan kawannya dari Malaysia jugak tapi macam tak berapa kuat sangat pegangan agama.

Tahun pertama mereka berjaya melalui liku-liku kehidupan dengan jayanya kat US tu. Aminah dan housemate nya dah dapat adapt dengan suasana di sana. Sekarang ni dah tough tau! Skype ngan mama pun dah tak nangis dah. Terpaksa raya haji kat US pun dah redha :) Gud Aminah! Ade peningkatan :D

Sekarang dah memasuki pertengahan tahun kedua Aminah di sana. Housemate nye juga begitu. Oh,lupa. Housemate Aminah nama Nita. Sekarang Nita dah mula berkawan dengan orang tempatan di situ. Dia sudah mula bercampur dan sudah pandai pulang lewat malam. Aminah dah makin risau dengan perubahan Nita.

Beberapa bulan lepas tu, keadaan jadi makin teruk. Suatu hari, Nita pulang dalam keadaan mabuk. Nita dah minum air kencing setan! Aminah menangis melihat keadaan Nita. Tapi dia tak tahu apakah langkah yang patut diambilnya. Aminah ni geng surau kat US. (erk,ade lagi ke geng surau kat sane?) Setiap minggu Aminah ada usrah bersama kawan-kawannya yang juga mahukan fikrah Islam itu. Namun rupa-rupanya dia terlupa satu lagi elemen penting iaitu masyarakat. Yela,bile dah duk dalam comfort circle tu,kadang-kadang kita dah syok sendiri dengan circle kita sampai lupa kat m.a.s.y.a.r.a.k.a.t :(

Mula-mula Nita berani ambik air kencing setan je, tapi lepas tu die dah mula smoke, drug, free sex, dan sewaktu dengannya. Aminah sangat sedih dengan keadaan Nita tu. Segala nasihat dan teguran Aminah dah tak diendahkan Nita lagi dah. Kalau dulu, pantang ada masalah atau cerita, pasti dikongsi bersama. Namun kini??? :((

Aminah masih tak tahu apakah langkah yang patut diambilnya. Report pada pihak atasan kedutaan? Report pada pihak universiti? Report pada mak ayah Nita di kampung? arghhhh!! Aminah masih tak tahu :(

Tetibe suatu hari senior Aminah ajak dia pergi satu program. Salah satu slot kat program tu ialah 'Aku Harus keluar!'. Slot tu sangat terkesan di hati Aminah. Yelah,ustaz tu asyik duk sound geng surau je. Bukan sound ape, ustaz sound yang geng surau ni dah la duduk dalam comfort circle pastu nak terussss comfort. "korang kate korang khalifah, korang kate korang daie, tapi apa dah sumbangan kalian pada m.a.s.y.a.r.a.k.a.t hari ni? Jiran sebelah rumah pun korang tak pernah kenal.. Daie kah ini?". Dush3!! Terkena tepat dan terus menusuk ke lubang jantung, hati, limpa, hempedu, dan paru-paru Aminah.

Ya betul, Aminah tak pernah mengajak Nita ke majlis atau program agama. Aminah tak pernah mengajak Nita solat berjamaah bersama. Aminah tak pernah mengajarkan quran kepada Nita. Aminah tak pernah memberi mutiara-mutiara kata atau bacakan hadith kepada Nita. Dan Aminah tak pernah mendoakan Nita!

Yang Aminah pernah buat bersama Nita ialah bersembang, bercerita tentang kuliah, makan bersama, masak bersama, keluar beli barang bersama, pergi kelas bersama dan hanya sekadar itu kenangan mereka bersama.

Walaupun Nita tahu Aminah mempunyai usrah di luar, tapi Aminah tak pernah berkongsi apakah isi usrahnya pada hari itu dengan Nita. Aminah memang baik,solehah tapi dia terus menyolehahkan dirinya sendiri tanpa pedulikan m.a.s.y.a.r.a.k.a.t.

Allah telah menegur Aminah secara direct dengan perubahan Nita. Kerana Aminah tak pernah menjadi daie buat Nita. Aminah hanya sekadar housemate buat Nita.

Balik dari program itu, Aminah terus melakukan solat taubat dan solat hajat serta berdoa supaya Nita kembali berubah menjadi muslimah solehah. Aminah juga tak pernah serik menasihatkan Nita walaupun keadaan Nita semakin teruk. Aminah sayangkan Nita! :)

Setelah 6 bulan, suatu lagi peristiwa telah berlaku. Nita telah dicekup polis sewaktu dia mengedar dadah. Aminah merayu kepada pihak kedutaan supaya menjamin Nita dan membawa Nita pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, setelah melalui proses dan perbicaraan yang agak lama, Nita akhirnya dibebaskan dan dibawa pulang ke Malaysia.

Di Malaysia, Nita ditempatkan di Raudhatus Sakinah yang merupakan tempat pembinaan akhlak remaja-remaja bermasalah. Nita bertaubat dan betul-betul berubah setelah setahun setengah dia di RS. Aminah sentiasa ada di sisi Nita sepanjang Nita ditempatkan di sana. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa Aminah dan segala usaha Aminah telah menampakkan hasil walaupun mengambil masa yang cukup lama. Praise be to God! Lepas dari tu, Aminah dan Nita telah menjadi sahabat hingga syurga. Yang paling best nya, Nita pun dah jadi geng surau sekarang. :)

nota kaki : sudahkah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah dengan sebenar-benarnya? Jangan mengaku daie jika belum melaksanakan. Ingat, jangan jaga kubur masing-masing je. Concern kat kubur sebelah jugak.


                                                           ~ gambar hiasan~

Sekian bercerita :)

1 comment: