Saturday, February 20, 2010

Nikmat Oh Nikmat....

Hurm,,, bila terdetik untuk tulis tajuk ni, ingatanku segera teringat akan k.nina..talker yang bagi talk time kbm kat mhi..juga yang bagi briefing time task force klcc sempena new year 2010.. kbm kat mhi pun membicarakan tentang tajuk ni..

*************************************************************************************
 sewaktu ku di hospital (menginap di sana beberapa hari).. aku lihat ramai orang yang sakit yang meninggalkan solatnya..yang perempuan ku andaikan dia uzur (husnuzzon)..tapi yang lelaki?? ya, mungkin kerana sakit..dan ada sesetengahnya kaki atau tangan mereka disimen..namun bukankah dalam keadaan begitupun islam masih menggariskan cara lain untuk berwuduk?? iaitu tayammum.. ku lihat mereka masih boleh berjalan..cuma allah tarik nikmat sedikit di bahagian tangan ..lalu, tegakah mereka terus meninggalkan solat?? walhal nikmat lain terus mereka kecapi? astaghfirullah...

pada awalnya, ku cuba bersangka baik.. mungkin mereka solat jamak ( orang sakt kan diberi rukhsah untuk jamak).. namun,sampailah masuk waktu solat lain pun, mereka tetap setia di katilnya.. Aik,,ni bukan jamak lagi dah!! ponteng solat kah?? kalau ponteng sekolah, tindakan disiplin akan diambil..tapi,kalau ponteng solat,camne plak?? ku sungguh kesal dengan realiti ummat hari ini..tapi, apa yang ku lakukan?? hanya mencegah di dalam hati..sesungguhnya imanku masih di tahap yang lemah..tuhan,, ampuni aku!!

bila keadaan demikian, lantas ku teringat akan peristiwa di dalam bas sebulan lebih yang lalu..saat itu, aku, mar, fira dan bihah otw ke kajang (menghadiri mhi)..tetiba bas yang ku naiki rosak di kuantan.. lalu berkampunglah makhluk dalam bas tersebut selama 6 jam (dari jam 3 pagi-9 pagi keesokan hari)..tiba2,,ummiku call...

" assalamualaikum, awak kat mana ni? makcik yati ( mak suhaib) dah tunggu awk kat kajang tu dari kul 5 lagi..kenapa tak call die?"
" hah? (melihat jam di tangan..6.20 pagi!)..ummi,bas rosak laa..baru kat kuantan ni..dari kul 3 pagi semalam lagi..kitorang tido dalam ni je without aircond.."
" ye ke? kenapa tak call ummi or makcik yati awal2? kesian diorang tunggu lama dah tu..ingatkan kenapa awak tak call."
" dah tertidur,nak call macam mana...lena sangat tidurnya lepas bas rosak ni..nasib baik ummi call pagi ni,,kalau tak, konfem tak terjaga.."
"dah tu, awak solat subuh tak lagi?"
"tak lagi laa.. kan dah cakap baru bangun..ummi, nak solat kat mana ni? kiri kanan hutan je..takkan la kena buat amali solat atas kenderaan kot..(tak pernah ku lakukan,,hanya blaja teori saja)"
"cuba intai2 dulu.."
"betulla tak de..belakang tu sket ada shell..tapi shell tu takde bilik solat..toilet adala (memang dasar shell!!)"
"habis tu,camne? dah lewat ni..subuh nak balik dah..kalau terdesak,solat je atas bas..tak pun,kat luar bas..atas tanah"
"atas tanah? kena samak dulu mi..sini banyak anjing..eh2,depan tu ada signboard, ye tulis masjid 300 meter di hadapan.."
"ye? alhamdulillah..dah tu,awak nak jalan kaki ke"
"yela..nak buat camne lagi.. i've to..ok la ummi ye..nak gi solat ni..karang lambat,subuh balik rumah die plak"

lepas tu, terus ku ajak mar g solat..luckily, ada sorang makcik bersama cucunya(sebayaku) nak pegi solat jugak..fuhh,,cucu makcik lelaki..so,kami ada guard..(cuak jugak aku pada mulanya ingatkan kena jalan kaki ke masjid dalan keadaan gelap tanpa ada orang lelaki sebagai teman)..maka,berjalanlah kami berenam ke masjid..orang lain dalam bas tu terus sambung tidur dengan lenanya..termasuklah driver bas..sempat jugak aku cakap kat pakcik driver tu supaya bangun solat subuh,tapi die buat dek je..aku pun blah jela..sebab masa tu bukan masa yang sesuai untuk aku berceramah..karang aku ceramah,subuh aku plak yang terlepas..

lepas solat subuh, balik la semula ke bas..memang hanya kami berenam saja yang turun solat!! sedangkan orang dalam bas tu semuanya muslim.. solat orang lain macam mana? uzurkah kesemuanya? mazhab manakah yang mereka guna? adakah aku belum belajar yang orang lelaki juga allah bagi peluang untuk cuti solat? kusut...kusut.... lalu ku hanya luahkan perasaan ku itu kepada temanku yang lain..ikutkan hati, mau saja ku buat pengumuman begini,,

" PERHATIAN2!! KEPADA SESIAPA YANG BOLEH SOLAT, SILA KE MASJID SEKARANG SEBELUM BALA ALLAH MENIMPA KITA..TERIMA KASIH.."

namun, ku tiada kekuatan..alangkah lemahnya imanku!! sedangkan ada sorang abang ni ( dah ada isteri), die keluar bas kemudian merokok..astaghfirullah..lepas merokok, terus naik bas tanpa mengerjakan solat subuh..  mengapakah manusia ciptaan allah begitu mudah meninggalkan solat sdangkan solat itu tiang agama?? cuba kita bayangkan situasi ini...

dalam sebuah rumah banglo yang mewah di pinggir bukit, tinggallah sepasang suami isteri dengan bahagia..oleh kerana mereka berduit,maka seorang bibik indonesia digaji oleh mereka untuk membereskan rumah yang besar bak istana itu. pada suatu pagi,sebelum tuan rumah ke tempat kerja...

" bibik,saya nak kamu ambil semua baju kat situ dan basuh.. baju sutera saya jangan masuk mesin basuh..handwash ye bik.."
"baik ibu"
"lepas tu, mop lantai rumah ni sampai berkilat..guna ajax fabuluso ye"
"baik ibu"
"lepas tu, jemur baju dan basuh semua pinggan tu"
"baik ibu"
"lepas tu, masak masakan tengahari..mertua saya nak datang hari ni.."
"baik ibu"
"ok..saya nak lepas saya balik nanti, semua pesanan dah beres..."
"baik ibu"

jam 6 petang....

"bibik...oo bibik..."
"iya ibu..ibu panggil saya?"
"ye la, panggil kamu..ini kenapa, pesanan saya kamu tak bereskan? (dengan muka menyinga)"
"maaf bu.."
"maaf...maaf...banyak la kamu..kan saya dah pesan tadi..kamu tak dengar ke?? dah2, mulai hari ni,kamu saya berhentikan!!...."

begitulah...allah dah jadikan kita dengan sebaik2 kejadian..dan kita dah berjanji denganNya untuk melaksanakan semua perintahnya sejak di alam roh lagi..tapi,,sebaliknya yang berlaku...seandainya kita meninggalkan suruhan allah, sudah tentulah murka dan bala allah akan menimpa kita..samalah seperti kisah tuan rumah dan bibik tadi..bibik diambil bekerja dan dibayar gaji oleh majikan,namun sekiranya dia tak melaksanakan tugasnya dengan sempurna,sudah tentula majikan itu akan marah...

Allah memberikan kita nikmat kaki,tangan,mulut,telinga,oksigen dan lain2 untuk kita menggunakannya ke jalan yang betul dan mensyukurinya,,seterusnya repay dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya..

Adakah selepas menjadi sebegini barula kita ingin mensyukurinya??

 nikmat kaki yang telah ditarik sementara




atau ditarik nikmat mata??


tanpa bantuan cermin mata atau contact lens, sudah tentulah aku tak dapat nak mengecapi keindahan dunia sepuas2nya..subhanallah, betapa besarnya nikmat mata




malahan, tak juga dapat nak menghayati karya2 ciptaan manusia seperti ini...



sekian, 
sama2 la kita renungkan dan berfikir..
dengan banyak berfikir, akan membuka minda...







4 comments:

  1. perkongsian yang BEST la! nikmat mata punye gmba xbulebla sket.hehehe.. post yg straight to the point.suke!!

    ReplyDelete
  2. that's why i want to be a doctor, nk bg ksedaran kat patient ttg agama,SOLAT dll sebab....
    org biasanya hanya ingat Allah mase sakit (astaghfirullah),tp kalu ad yg x ingat jgak tu, kna ad org yg sedarkan diorg, n i want to do that!! biiznillah...^_^
    p/s: sempat lg abah posing sakit2 pn....

    ReplyDelete
  3. jadi doc.kasi tazkirah lepas rawat.haha.

    ReplyDelete
  4. abah memang menyempat jep...sebenarnya gambar posing abah tu sebab najah yang nak tengok..kan budak2 takleh naik wad..H1N1..
    to asma'N- memang la kalu saket mata x leh nk diterjemahkan dgn gamba..huhu..blaja leklok ye bdk sekolah ^-^

    ReplyDelete