Thursday, February 4, 2010

Tamat....

Huh,, sumenye dah tamat..
SPM? MH-i? zaman sekolah? urm...semuanya dah tamat

Aku rindukan semua tu... Di mhi, banyak kenangan bersama rakan2. Maklumlah, sebulan bersama. tp, setakat gaduh2 n masam muka tu biasa la kan.. tu la yang best, bila duk sorang2, time gaduh2 n selisih pendapat tu la yang paling ingat. kadang tu lucu pun ada bila pikir balik. nampak sgt tak matured, childish!!

Ingat lagi, first time sampai kt lembah genting, agak surprised sbb dlm hutan (tp tak de tengah2 rimba sesangat). so, terfikir r, camne nk survive 1 bulan kat sini? selesa ke? kalau setakat kem 3-4 hari,ok la lg.. pastu g daftar. kak asma' yang jaga pendaftaran. pastu dapat nombor bilik. jumpe muslihah time daftar. die pun sampai lewat gak.. oho,rindu muslihah. last jumpa sebelum tu,time xpert kat johor.. next, bawa barang2 masuk bilik. lagi2 la terkejut.. aku bayangkan bilik yang besar. 4 orang sebilik ke.. hehe,rupa2nya jauh panggang dari api. bilik yang besar tapi duduk ramai2 orang. ada katil yang banyak n rapat2..huh, ni la pengajarannya. len kali, jangan berangan banyak2. kan dah tak sama dengan anganan asal..huhu

Ok, back to kem. waktu sampai bilik uh, dah ramai orang dalam tu. ye la, aku sampai agak lewat,mesti r dah ramai. tiba2... " hani, ingat kite tak? "...aik,, ada orang kenal aku ke? angkat muka then.. " kak aishah, mesti la ingat ". huhu, pastu jumpa lagi la ngan produce gen3 yang lain. Asma' nahar,muslihah,kak aishah,kak hajar,maariah,musfirah dan nabilah.. ni la yang aku dah knal kt program produce sebelum ni.. lain2,sume kawan baru.. then, aku p cop katil.. ambik katil hujung skali ngan budak2 ganu yang lain.. ambik yang hujung uh sebab nak privacy. supaya tidur malam lebih lena. huhu. kalau duk tengah2 dunia, karang bising plak n tidur ku tak lena. dah la jenis ku yang suka bersembang n layan orang bersembang ni. kalau ada geng, tak tidur malam la kot duk sembang jep. sekali lagi terkejut,,aik.. tak de cupboard ke? camne nak simpan barang2 ni? dah la duk sebulan.. ok hani,dont be panic.. just simple matter tu.. ha,,dapat idea.. kan katil tu double decker. so, aku tidur katil bawah n katil atas jadi locker. haha..settle masalah. so,kemas2 la katil atas tu. susun barang elok2.. about 15 minutes after that, siapla locker gubahan ku. comel jugak. nampak kemas jep..hehe.. then,pasang cadar katil bawah untuk jadi tempat tidur sepanjang sebulan ku di hotel lembah genting.. pastu,siap2 solat maghrib kat dewan.

Lepas maghrib, ada taaruf dan start slot... lain2 cerita, boleh view http://www.mhi-msi.blogspot.com
Sebenarnya, dah lame nk post sal mhi tp tak de masa. sekarang tengah bosan, so post r kenangan2 kat sana.

" hani, kenapa fira panggil awak munirah? "
" kami sepupu sejak umur 5 tahun (words fira ajar kalau orang tanye why panggil munirah) "
" ye ke korang sepupu? tak tahu pun.. "
" tipu je la.. kitorang memang baik sejak kecik. sama2 sejak tadika n memang jiran "
" owh.. "

kemudian bella berkata :

" tapi dulu memang bella kenal hani ngan nama munirah. bella tak pernah tahu pun yang hani ada nama lagi kat depan tu"
" memang r kalau budak2 krj,dulu kenal ngan nama munirah.. sebab dari 1st program produce, xrek, memang kalau orang tanye nama, cakap munirah.. hani ni sebenarnya kawan2 kat sekolah je yang panggil gitu "
" pastu kenapa tukar hani ? "
" time xpert, kak hajar yang start2 panggil hani. time tu kitorang sekumpulan ke simpang renggam. then,orang lain ikut change panggil hani. pastu, melekat la nama hani tu sampai sekarang "
" owh.. patut la masa baru sampai tu, kak aishah panggil hani bukan munirah.."
" haah, tapi tak kisah pun sebenarnya orang panggil pe, 2 2 tu pun my name.. kat skolah, memang panggil hani. tp family n kwn2 krj terengganu bese panggil munirah.. kalau rasa lebih mudah dan ringkas panggil hani, panggil jela. tak kisah pun. nak panggil munirah pun tak pe.."

Gitula kalau orang yang banyak2 nama ni.. jadi krisis identiti..huhu.. kesimpulannya,better jangan nama panjang2,susah kalau nak kene isi form banyak2.. letih tangan tulis nama je... nama sepatah pun dah cukup, kan??

Kat belakang campsite plak,ada sungai.. best!! tapi,seingatku, 2 kali je kot aku sempat mandi manda kat sungai tu. time orang lain mandi sungai, biasanya aku ada kerja.. siapkan post blog mhi, meeting ketua2 ataupun tak sihat badan.. so, memang selalu tak sempat la nak jenguk sungai tu. asyik kene mandi air kolah je.. muka2 same je yang jadi pelanggan tetap sungai@lembah genting ( fira,mar,maariah,asma' nahar,syahid, bella,atikah,biha).. kalau time pagi2 kat kem, paling suffer sebab sejuk sesangatttttt...menggigil badan. time bangun untuk ambil wuduk n gosok gigi, sabar jela, sejuk sampai ke tulang. kalau mandi time tu, lagi2 la.. kat sana tak de water heater so, kene blaja mandi air kolah yang sangat sejuk. pakai sweater pun, still menggigil tau..huhu.. 2 perkara mengenai kehidupan yang ku blaja kat lembah genting, mandi pagi2 tanpa water heater dan basuh baju by hand wash..fuh, 2 perkara yang sangat jarang ku lakukan kat rumah tapi sangat biasa bagi bebudak asrama. ye la, aku mana pernah duk asrama since form 1 so, bab basuh baju by hand wash ni mane la pernah. kat rumah, ambik baju, letak dlm washing machine then tekan start. bila siap,ambil baju then jemur.. tapi kat sini, ambil baju masuk baldi, letak sabun, rendam kejap 1-2 jam, then berus baju tu,then bilas n baru boleh jemur.. letih sesangat! sabun top habis 2 kg sepanjang 1 bulan..huh,, tapi ni la realiti bila ke IPT nanti.. tidur dalam bilik yang perlu berkongsi dengan orang lain, basuh baju dengan tangan, mandi pagi without water heater, kena urus perbelanjaan sendiri dengan berhemah (dah tak leh senang2 nak mtk ngan makayah lagi), belajar memahami watak orang lain dll yang mungkin tak pernah ku lalui sepanjang zaman persekolahan.. huh,,ku harus kuat !!

Kat sini jugak, kene masak sendiri.. Abang k divide us into 3 groups. 2 ikhwah n 1 akhawat. so, kitorang masak gilir2. setiap kumpulan kena masak sepanjang 1 hari penuh dari breakfast sampaila dinner. fuh,,penat tau bila time hari masak. pagi2 lepas subuh ada yang kena keluar pasar untuk beli barang2 keperluan (aku tak pernah kuar ke pasar pun. just siap2 bahan masakan kat dapur jep). orang lain plak ada yang menjerang air, siap2 bahan untuk breakfast dll.. macam2 kenangan ada time aktiviti masak memasak nih.setakat masam2 muka tu biasa sangat la. boleh dikatakan setiap kali time masak,mesti ada tak puas hati or gaduh2 kecil.. tp tu la rahsia kami nak merapatkan ukhuwah sebenarnya..ye ke? urm,ada jugak pertelingkahan antara grup masak ikhwah n akhawat. entahla ape bende yang nak digaduhkan sangat uh.. kadang2 masalah kecik je tapi sebab masing2 terlebih emotional so, jadi masalah besar.. semua tu ialah kenangan..

Bila time slot plak, aku selalu je ngantuk..( memang dalam kelas kat skolah pun, aku selalu ngantuk jugak).. seingatku tak pernah lagi slot yang aku tak mengantuk.. paling kurang pun, mesti ngantuk jugak kejap pastu segar balik..orang yang duk sebelah hani kat kem tu, faham2 je la kan..hehe.. tapi,walaupun aku mengantuk dan kadang2 tertidur time slot, aku tetap mendengar ape yang penceramah sampaikan..kalu kat sekolah pun macam tu jugak, walaupun tertidur time cikgu ngajar, tapi still boleh ingat ape yang cikgu ajar tu.. mungkin ni kelebihan allah untukku. alhamdulillah.. kan lain orang,lain kelebihan yang allah kurniakan untuknya.


Jom2...tengok gambar..



 on the way ke KLCC.. di KTMB batang kali







we can change this world.. be different !!




bat yang tersalah landing atas tikar..huhu




bersama siti dan asma' sahrim




 khusu' dengar slot



anak orang asli @ model ubat gigi kodomo lion



bersama si cilik



  on the way ke task force



milah tengah lena tidur.. comey !!!




kak roy dan teman baru di task force





 
  kenangan bersama asma' sahrim....



kak erit yang cute aka murobbiyah tersayang



kak hana'




 tukang masak..hehe




hidangan nasi berlaukkan paprik ayam dan telur..nyum2





Zaman sekolah plak, lagi la banyak kenangan sampai tak mampu nak diungkapkan satu persatu. kadang2 tu bosan jugak sekolah ni, tak sabar nak jadi org besar.. sebab kalau skolah, kene pakai uniform sama je setiap hari, must obey the rules, kene siapkan homeworks yang belambak, kene study dengan struggle, kene attend meetings or perjumpaan yang kadang2 menyerabutkan, kene attend perhimpunan harian or mingguan yang membuatkan kaki penat sebab berdiri terlalu lama dll... tapi, bila dah habis sekolah, rasa macam nak ke sekolah la plak sebab nak jumpa kawan2..tu jep.. zaman getir study untuk spm tu rasa macam tak nak lalui dah jer. masa nak spm tu memang macam tak kenal orang dah la.. ponteng sekolah sebab buat study grup kat rumah pun biasa jugak. hehe.ciri2 pelajar cemerlang ginila.. geng2 ponteng sekolah ( nad,yaya,fazlin,ina,mahirah) memang selalu buat grup discussion kat rumah aku.. kami start pagi n habis dekat2 maghrib.. walaupun tension tapi enjoy gak r sebab study ramai2. aku ambik 11 subjek je dan mudah2an dapat straight A'S utk SPM..ameen.. walaupun result trial ku agak bagus, tapi aku tak leh mudah berpuas hati.. sebab tu la nak spm pun, still struggle. sampai malam before paper pun, still tengok buku sampai tak sempat nak reply sms orang lain or turun bawah sembang2 dengan familyku. hurm,,tu la antara kenangan pahitku sepanjang zaman skolah. ingat best sangat ke ada exam ni? eiii,, tak best langsung tau!! membuatkan aku sering tension dan migrain. pastu kena study sungguh2 sebab nak flying colours result.. ingat aku suka ke study? sangat benci dan menyampah sebenarnya but i've to..

Subjek yang paling aku suka, bahasa arab tinggi (BAT), syariah islamiyah n chemistry...so, 3 subjek ni, aku sangat semangat bila study..BAT n PSI tak pernah lagi aku dapat b since form 4. kalau BAT memang A1 dari f4 n hopefully SPM nanti dapat A+..chemistry plak aku bermula dengan gred yang sangat teruk dan tak pernah aku dapat seteruk itu sepanjang hidupku. akhir tahun f4, aku dapat 8E..wah,terkejut aku dibuatnye..macam orang yang tak pernah blaja jep..mulai dari hari tu, chemistry la subjek yang paling aku benci sebab die dah buat result ku jadi comot dan hodoh..tapi, aku still blaja jgk la..pastu time TOV f5, aku dapat 5C..kire ok la tu.. tapi aku tetap menyampah dengan subjek ni. bile tengok dalam jadual ada kimia, mula la aku plan nak ponteng sekolah keesokan harinya.. macam2 alasan ku berikan kepada orang tua ku..huhu.. duk rumah lagi best!! tak dapat homeworks..then, bila fikir balik, no use aku buat sume ni..diri aku jugak yang rugi.. aku yang nak spm bukan cikgu. so, aku kuatkan tekad, cover balik subjek kimia tu.. masa senggang,jumpa cikgu dan tanya sume bende yang tak faham..(padahal,sume kandungan dalam buku teks kimia tu aku tak faham)..

Hari berganti hari dan minggu berganti minggu.. Akhirnya, pelajaran kimia dah masuk chapter 2 - carbon compound.. alhamdulillah, untuk chapter ni, aku tak pernah ponteng kelas, ponteng sekolah or mengantuk dalam kelas.. aku sangat fokus untuk chapter ni dan aku sangat3 faham this chapter..mulai dari saat tu,entah dari mana, aku mulai meminati subjek kimia ni... jadi minat sangat2..chapter lepas yang slalu ku abaikan tu, aku mintak kawan2 tolong ajar balik. dan sekali ajar, aku terus ingat dan faham.. Aku sangat bersyukur padaMu Tuhan kerana berikan aku kefahaman yang cepat.. resultku untuk kimia pun mulai meningkat dan akhirnya aku mendapat A untuk ujian bulanan dan percubaan SPM.. aku pun dah boleh ajar subjek kimia tu kepada kawan2 lain yang memerlukan bantuanku..

Sejak awal tahun dari f4 lagi, aku memang sangat sibuk dengan aktiviti2 kokurikulum.. masa f5 pun, sibuk jugak. latihan untuk aktiviti2 kokurikulum yang aku sertai start dari awal tahun lagi dan berhenti 1 minggu sebelum trial SPM.. memang selalu la aku terpaksa skip kelas untuk latihan especially bila dah dekat2 dengan tarikh pertandingan. kadang2 tu, sampai ke malam latihanku.. bila time berpeluang masuk ke kelas, blur sangat2.. tak tau dah cikgu ngajar sampai ke mana. baru ku tau betapa banyaknye aku termiss silibus..pastu kene la cover sendiri.. balik lewat setiap petang n tanya kawan2.. bila malam kat rumah plak, kene buat revision lagi, prepararation untuk latihan pertandingan esok plak.. waa..busy sangat2. aku tak de kelas tuition so, silibus yang tertinggal tu kene pandai2 manage time untuk cover sendiri la. ader jugak kawan yang tanye kenape tak g tuition (tusyen ni memang agenda wajib sebenarnya untuk pelajar2 tok jiring sbb mostly tusyen), tapi aku just jawab tak minat, malas, nanti penat bla...bla...bla... huh, betapa kerapnya aku skip kelas sampaikan pernah ada junior datang cari aku kat kelas pastu kawan sekelas aku jawab ; " kak hani tu mane la nak lekat dalam kelas. kalau nampak muka die dalam kelas tu, mujur sangat laa..."

Bila masa nak menjelang SPM, semua subjek aku kena faham betul2 dan minat semuanya skali.. kali ni tak de pilih kasih dah.. tapi, subjek biology tu tetap perasaan minatku tu kurang sikit dari subjek2 lain..ntah la knape..sampaikan sehari sebelum paper biology pun, aku tetap tak leh nak pupuk rasa minat tu. time study, asyik rasa ngantuk jep. tapi, kena kuat mujahadah diri untuk lawan la kan..nak exam ni, so kena kuatkan semangat.. SPM cuma sekali je..jangan menyesal bila result dah keluar nanti kalau tak struggle dari awal..aku jealous sangat dengan ina (skrg ina kat plkn) sebab ina selalu semangat study n susah nak mengantuk bila study.. tak macam aku yang selalu ngantuk ni..huhu

So, untuk junior2 yang masih sekolah tu (fizah,ummu,syahirah,icad,nazihah,fatin dll), do your best in TOV ni..cikgu tetapkan target untuk kita melalui result TOV. tp, kalau tov agak down pun, jangan kecewa plak.. bnyak lagi ujian bulanan lain yang kita boleh tunjukkan kemampuan kita.. Trial SPM dan real SPM yang penting.. aku dulu pun,time tov dapat rendah jugak..just dapat 8A je.. memang la frust sebab rendah tapi kita muhasabah balik kat mana kelemahan kita n alhamdulillah,resultku meningkat lepas dari tu.. memang masa tov tu, aku kurang study atau boleh dikatakan tak study sebab agak busy dan malas lagi awal2 tahun tu..huhu.. ingat lagi, 1 minggu nak trial, baru la aku lekat kat kelas.. masa tu la baru nak cover semua silibus yang tertinggal dan buat latihan banyak2 bagi menambahkan lg kefahaman..sampaila malam before exam, tidur 2 jam je sebab tak habis study..esoknye dalam dewan pekse, dapat je paper, aku terus tidur 30 minit sebab ngantuk..bile bangun, baru la start menjawab..huhu (jangan tiru cara aku ni, tak cemerlang nanti).. kalau aku tak study betul2 malam exam tu, tak denye result trial seperti yang aku dapat tu.. mesti rendah lagi nye.. time trial tu, memang la suffer. demam,migrain tak yah cakap la. sumenye datang sebab tak cukup rest tapi aku tahan jep.. bila tengok result trial, lega rasa hati.. semua penderitaanku semasa study terbayar... tapi, untuk SPM, aku tak buat la plak camni. rehat mesti cukup.. preparation mesti dari awal.. dalam dewan pekse, tak tidur kecuali bila dah siap jawab dan dah puas hati recheck..Mudah2an keputusan peperiksaan nanti seperti yang ku impikan..amin..

Jom survey gambar lagi...


semasa di kem elit peringkat negeri..dengan budak sekolah lain



mimi dan marhamah...my close friends




teman2 di sunway lagoon cap 5 Al-kauthar..hehe




happy graduation kawan2 !!!





zati, tice mala, haifa



syahirah after last paper SPM..yipee



semasa di Ihtifal SMKA peringkat kebangsaan



farhana, zahidah, aku, mimi at SMKA Pedas, N.9



team Ihtifal kebangsaan SMKA Tok Jiring



hari pertandingan forum peringkat negeri...



keluar bowling dengan kawan...release tension




kat taiping, forum peringkat kebangsaan.. mane aku? jadi camerawoman laa...



ngan azzah kat kyros kebab..after bowling




sekian dulu,
dah penat taip post yang panjang ni.. next time,next post
wassalam... 




with love,
hani munirah

4 comments:

  1. nak rindu MH-i jgakk~!!
    especially pada kak erit dan temannya~!
    ehe~
    sape tau cane nak contct kak erit??
    urm..nape saye terase comel dlm gmba2 tu??
    sbb mmg comel atau saye yg pndai adjust camera tu? aha~

    ReplyDelete
  2. baru ku tahu u ad blog...hehe
    i'll be silent reader....intai2 blog org ni hobiku...
    btw, dulu kak long pn nk cepat2 tamat skolah sbb nk masuk alam u n x mo buzy2 dh, capet sihh...but now, da kesibukan,tekanan dll tu lah yg jdi kerinduan teramat...rindu nk balik msia!!!!
    -basuh baju:lame sgt tu rendam, luntur warna baju nnti, nak2 t-shirt...
    -beruntung jgak x duk kat asrama, ad peluang2 yg ngoh dpt kak long x dpt (sgt byk kalu ikutnye, tp i'm satisfied wif what i got..)
    -kn dh kate, chemistry tu best sgt2...miz that subject~~~

    ReplyDelete