Saturday, February 20, 2010

~ PUCUK PANGKAL DIRI SENDIRI ~




" ketika aku muda, imaginasiku tiada batasnya,
aku bercita-cita untuk mengubah dunia,
tetapi apabila aku berumur lebih matang,
aku dapati dunia tidak mahu berubah...

oleh itu, aku memutuskan untuk mengubah negara sahaja,
tetapi malangnya, negara juga tidak mahu berubah..

ketika usiaku menjelang senja, dengan keazaman yang terakhir,
aku berazam untuk mengubah keluargaku,
iaitu mereka yang paling rapat dan hampir kepadaku,
tetapi hampa, mereka juga tidak mahu berubah...

kini apabila aku terbaring,
menunggu maut yang hampir tiba,
aku mulai sedar,
kalaulah aku mengubah DIRI SENDIRI terlebih dahulu,
pasti semuanya dapat diubah olehku.... "




-ditranslated daripada buku chicken soup for the soul- 

           
        

1 comment: