Saturday, February 20, 2010

PINTAR

 PINTAR ( perhimpunan remaja soleh solehah terengganu) merupakan program tahunan KRJ Terengganu.. pintar3 tahun ni bertemakan ' REMAJA ULUNG, SYARIAT DIJUNJUNG' dan dianjurkan oleh KRJ Terengganu dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Terengganu.. Konsep pintar ialah remaja pimpin remaja di mana barisan urusetia dan  pengelola sepenuhnya diuruskan oleh para remaja..pakcik2 dan makcik2 hanya jd pemerhati, penyumbang idea dan mentor sahaja.

Pada satu pagi yang hening...

"Assalamualaikum..boleh cakap dengan wan hani munirah?"
"Ya, ana cakap"
"Ana nak minta semua graduan MH-i jadi fasi untuk program pintar,boleh?"
"Insya-Allah,boleh..nanti ana maklumkan pada yang lain"
"Meeting fasi malam ni kat SRI Al-Amin Kerteh,anti boleh hadir?"
"Owh,maaf.. ana di hospital sekarang"
"OK, jangan lupa inform pada yang lain.. Ana kira antunna berempat dah confirm la ni ye"
"InsyaAllah"

Klik..panggilan diputuskan.. selepas tu, satu SMS ringkas ku  sent kpd fira, mar dan bihah.. ' salam..semua graduan mhi dijemput jadi fasi pintar. saya dah confirmkan kesanggupan kita berempat. meeting fasi malam ni di al-amin kerteh'..

12hb,di SM Teknik Dungun

Pagi tu aku kena bersiap2 agak awal sebab makcik jah (bonda marhamah) akan jemput aku kat rumah jam 7.30 pagi untuk dihantar ke stesen bas.. sesampainya di stesen bas,fuhh, nasib baik bas S.P Bumi untuk ke dungun tak gerak lagi..maka cepat2 la kami (bakal2 fasi) naik bas..perjalanan 1 setengah jam dimanfaatkan untuk sembang2 ilmiah dan tidur..jam 9 pagi,kami sampai stesen bas dungun dan bergegas ke SMT Dungun kerana ada taklimat fasi..




4 petang- pendaftaran peserta bermula...selepas tu, ada taklimat untuk peserta dan sesi bergambar..pada malamnya, selepas isya', ada sesi perasmian dan ice breaking.. ice breaking tula yang paling best..ada 3 aktiviti yang dijalankan..tirai ukhuwah, success ankabut dan bisakah aku?.. aktiviti bisakah aku tu yang paling mencabar keberanian dan keyakinan peserta..objektifnya, menyandarkan sepenuh keyakinan diri terhadap pertolongan Allah.. modus operandinya- para peserta melihat para fasi membentangkan sebidang kain putih yang besar di tengah2 dewan dan menaburkan paku picit sebanyak mungin di atas kain tersebut..kemudian, kain hitam penutup mata ala2 yang kbm punya tu ( memang yang kbm pun) diagihkan kepada peserta setiap seorang dan diarahkan untuk menutup mata..lampu dewan dimalapkan..kemudian, peserta banin dan banat diarahkan untuk melalui kain yang dipenuhi paku tersebut seorang demi seorang..lalu, berjalan lah peserta2 dengan riak takutnya..tapi alhamdulillah, tiada peserta yang dikejarkan ke hospital..semuanya selamat tiba di penghujung kain..

cerita di sebalik tabir tentang tu,, hanya fasi2 dan urusetia2 @ pintar3 je yang tau..moralnya, kita hendaklah menanamkan keyakinan diri untuk melakukan sesuatu perkara dan keyakinan terhadap pertolongan allah..dan juga misi pintar memerlukan daie yang berani dan sanggup berkorban di jalan allah.. selepas tu, kami lena sebentar sebelum bangun qiam...

 


 


13hb,

selepas ma'thurat, jism qawwiy menjelma.. aktiviti riadah pagi tu ialah mencari maruah yang hilang.. game nya ialah sama seperti di x-rek batang kali 07..nak tahu camne?? tanyela produce gen3 yang mengikuti xrek 07, pasti ingat!!

kemudian, slot ' Gen Y Penentu Perubahan Negara' oleh ust Daud.. intisari yang sempat aku catat walaupun dalam keadaan mengantuk ( kebiasaanku di program) ialah :
- Gen Y ialah penentu kepada Gen X.. Gen Y la yang menjalankan atau mengotakan impian Gen X..
- kena lahirkan Gen Y yang 'faham'...faham ape? faham ISLAM..(nak tau detail,kena ikut modul ISK)
  maksud hadis; sesiapa yang dikehendaki allah kepadanya kebaikan,maka allah akan memberikan kefahaman kepadanya dalam agama
- " orang2 yang duduk dan berbaring dalam keadaan mengingati Allah, seolah2 mereka solat sepanjang waktu" (Al-Imran :190)
- Allah akan gantikan sesuatu yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik jika kamu bersabar..( ibrah daripada kisah ummu salamah yang kematian suami yang dicintainya, kemudian beliau redha dan Allah gantikan dengan Rasulullah)

Selepas zohor, slot 'Remaja Muslim Super' oleh Makcik Roha Hassan yang diimport khas dari KL..(sapela yan tak kenal makcik roha ni,,writer buku aku ori bukan fotokopi)..
- kalau benar kita pemelihara Al-Quran, kena baca at least 100 ayat / hari
- hikmah luqman mengenai dunia dan akhirat :
  " puteraku,juallah duniamu dengan akhiratmu. jika kamu lakukan, nescaya kamu akan mendapatkan keuntungan dari keduanya. namun, jangan kamu jual akhiratmu dengan duniamu, kerana kamu mendapatkan kerugian pada keduanya "

Selepas asar, persediaan untuk sebudaya ( malam kesenian).. tiba-tiba...
" hani, nanti time persediaan tuk sebudaya tu, fasi tak leh duk skali ngan ahli kumpulan tau !"
" kenapa?" (dengan muka shock)
"fasi2 pun kena buat preparation gak..korang kena buat persembahan gak.."
"ye ke?? alaa, tak bestnyer.." (muka terus monyok)
"bagitau orang lain yer.."
"ok,,no problem..."

************************************************************************************

"eh,kite nak wat persembahan pe ni?...no idea laa.." (lantas teringat lakonan2 kat mhi..kot2 la boleh ciplak mane2 scene)
" ha,,kite buat nasyid jela...tapi advance sket r..nasyid dan animasi..amacam??"
" ok,,set!!!" (semua setuju)
" kite nyanyi lagu demi matahari, gemuruh dan gelombang keadilan yer..tapi, yang gelombang keadilan ni, grad mhi r kena ajar..ok??"
" ok.........."






14hb,

Selepas sarapan, ada slot 'Peranan Remaja Dalam sejarah Islam' oleh ummi Saidah ( mantan KW JIM Sarawak),zaujah kepada ustaz idris..
- remaja2 pembina sejarah : ashabul kahfi, ashabul ukhdud, musab bin umair, hassan al-banna, imam syafie dan remaja2 di palestin..
- peranan remaja  yang diiktiraf allah??
  Al-Imran : 110 dan Az-Zariyat : 56

Jam 11 pagi, Resolusi dan majlis penutup..juga diumumkan peserta terbaik program.. agenda kemuncak ialah pengumuman barisan kepemimpinan KRJ sesi 2010/2011 yang dipimpin oleh barisan remaja sendiri.. dan dengan ini, secara rasminya barisan kepemimpinan sesi lepas dibubarkan.. maka, usailah sudah satu lagi tanggungjawabku yang dulunya sama2 berada dalam barisan KRJ sesi lepas.. kemudian, semua peserta dibahagikan mengikut lokaliti masing2 supaya senang untuk diserap dalam sistem halaqah dan usrah..

************************************************************************************

" eh2, muka awak macam sorang actor tu..yang berlakon dalam cerita puteri salju laa..."
" (malu-malu)"
"pernah tak lagi orang cakap macam tu kat awak?"
" pernah..selalu je kak.."

Gambarku bersama nabilah aka puteri salju tu...





Bonda kepada pengarah program,akh munzir ( makcik noriah) dan anak2 nya ( maryam dan izzati.)

 


 
nametag ku yang dihias indah oleh si cilik maryam muzahar



pasangan romantis..makcik jah dan pakcik shafie (parents marhamah)


***********************************************************************************

sebelum balik tu, ada la sesi bersalaman ukhuwah antara 1 sama lain..masa tengah salam dan peluk sorang peserta tu ( yang paling ku sayang antara peserta2 lain)...

" dik, jadi orang baik2 ye..ingat, jangan tinggal solat..jangan tinggal quran..jadi muslimah sejati ye..next program akak nak jumpa lagi awak yang lebih hebat dari ni, Insyallah.."
" erm...(menangis..)"
" ala dik,,jangan la nangis..awak ni buat akak sebak jela..karang akak nangis susah.. " ( tapi ayat ni hanya bergema dalam hati je..x terucap dek lidah)
" kak,,terima kasih ye kak..sayang kak hani..terima kasih akak jaga saya time sakit tu dan temankan saya makan"
" sama2..akak pun sayang awak " (dengan nada sebak )

fuhh,,memang emo r time tu..aku pun tak tau kenapa..mungkin sebab aku sayang budak tu..rupanya ada,lawa sangat..orangnya baik..tapi, kalaulah kecantikan lahiriah tu ditambah lagi dengan kefahamannya terhadap islam, mesti dia akan jadi lagi lawa dan ibarat mutiara yang berharga...ku harap di pertemuan akan datang, dia hadir berbusana muslimah yang lengkap mengikut syariat...



Tu saja nukilanku dan perkongsian pengalaman di PINTAR3..semoga bermanfaat..
p/s : mungkin sudah agak lewat untuk ku post kan perkongsian ini tapi ini saja masaku yang free seusai pintar...mohon maaf

2 comments:

  1. best pintar.fasinya mesti lagi pintarkan.jom pintarkan masyarakat pula.

    ReplyDelete
  2. menarik///inspirasi kpd penggerak ramaja lain untuk menggerakkan remaja yg msh mncari

    ReplyDelete