Friday, March 12, 2010

Akhirnya....

Detik 11 mac muncul juga. Akhirnya, selepas 3 bulan meninggalkan uniform sekolah, aku terpaksa mengenakannya kembali sebab cikgu mewajibkan sesape nak ambil result, kena pakai baju sekolah.

Pagi tu pegi driving school dulu, ada praktikal ( masih sempat ). kul 11.30 siap, terus ke sekolah...

Di dewan,
aku sampai agak lewat so, dah ramai kawan2 yang dah balik. pegi la kat meja yang tertera nama kelas aku. rupa2nya, aku orang kedua last ambik result untuk kelas aku. Dapat je result.............

"Alhamdulillah"

cikgu2 pun ucap tahniah. kawan2, junior2 sume tengok result aku. diorang main rembat je.. tak sempat aku tahan. walaupun diri ini tak suka resultku dijaja2, tapi ku sabar jela. memandangkan itu adalah SPM. Kalau aku dapat straight A+ takpe la.. ni sekadar cukup2 makan je. orang kata, bolehla untuk meneruskan kehidupan.

Yeah, aku bersyukur sangat11 dengan resultku. Seperti yang ku idamkan dan impikan. Alhamdulillah11..
Syukur Ya Allah... tak dapat diungkapkan dengan kata2. coretan dalam blog ni tak menggambarkan segalanya.

Nak sambung ape lepas ni?
Ya, masih seperti keinginanku yang asal. Melarikan diri sejauh2nya dari bidang sains..
Moga2 apa yang aku putuskan nanti adalah yang terbaik untukku mengikut perancanganNya..

Ucapan terima kasih banyak2 buat :

1) ummi dan abah. terima kasih ummi sebab sanggup tunggu aku study malam2. walaupun tersengguk2 ummi di meja studyku, tapi tetap sanggup tunggu sampai aku tutup buku dan habis study. Untuk abah, terima kasih sebab sanggup pegi hantar dan ambik aku ke sekolah dan atas jasa2 lain..

2) Guru di SMKATJ yang dah ajar aku dari form 1 hingga form 5. Terima kasih cikgu. kalau tak kerana jasa cikgu, aku takkan dapat menempa kecemerlangan ni. ( cikgu raina, luv u so much )

3) Kawan2, sahabat2 yang banyak bantu aku memahami pelajaran. Buat geng studyku, geng ponteng sekolah, geng guru muda, geng meja, geng 3 Al-kauthar yang kamceng forever, geng makan bekal, geng usrah, dan semua geng yang aku ada, syukran jazilan ku ucapkan. Faham2 jela, aku banyak ponteng sekolah n kelas sejak awal tahun so, korang lah yang ajar aku balik sillibus yang dah tertinggal. tq2..

4) Buat makcik2 pekerja di SMKATJ, terima kasih sebab layan kerenahku yang banyak mulut ni dan selalu interview makcik macam2.. huhu

5) Dan semua insan yang telah mendoakanku dan membimbingku hingga berjaya. Leteran, nasihat, peringatan, dan motivasi dari kalian amat ku hargai..

6 comments:

  1. hani, tahniah la.. bukan setakat cukup makan je result hani. dah kenyang siap boleh share ngan orang lain lagi.

    konfem nak ambik syarie law atau islamic banking kan? gud luck.. hani mesti takde masalah punye.

    tahniah dapat 11.. jealous la kat budak ni sorang. ponteng2 kelas pun dapat gempak jugak.

    ops, salah la.. hani kan memang terkenal sangat dengan seorang yang tak lekat di kelas. sibuk memanjang. nampak muka hani kat kelas, mujur sangat la tu. dekat2 nak trial n spm, baru nampak budak ni kat kelas..hehe

    hani jangan marah ye.. nanti cepat tua. rindu nak tengok muka hani yang selamba dan comel tu. uhuhu.

    muka mengantuk dan boring camne hani? cuma hani sorang je yang tau nak buat aksi mengantuk tapi selamba. cikgu duk ngajar depan pun, sempat lagi die tidur. dahla duk depan sekali, selamba je. tapi cikgu x pernah perasan hakikatnya hani sedang nyenyak tidur disaat cg sdg semangat mengajar. ye ke?

    p/s : jangan marah ye hani.. sekadar untuk mengenangkan kembali kemesraan kita kat sekolah dulu. rindu TJ!!! rindu hani yang sangat selamba jugak!!! ingat dadu kotak? huhu.. hunny bunny,,

    ReplyDelete
  2. tahniah.masa untuk dia terus berlari.

    ReplyDelete
  3. anonymous
    - sape ni ye? liya? zati? cakap r name. jgn r bt surprise gini. ye, insyallah, teruskan ngan niat asal, doakanlah ye..
    eh2, cakap bebaik sket eh. bkn ponteng kelas saje2 tau. orang busy r. banyak komitmen. tapi kl ponteng sekolah tu, pernah r saje2. hehe. kalau rasa malas,takyah datang sekolah. ehehe.
    dadu kotak?? wahhhh!!! sentiasa dekat di hati sih.

    ReplyDelete
  4. tahniah atas result.. mabruk3!! sesungguhnya tu yg terbaik utk hambaNya mengikut perancanganNya. selamat memilih course dgn result yg begitu cemerlang

    ReplyDelete