Saturday, March 6, 2010

Kisah Baju Sembahyang......

Suatu hari di driving school..(PSM Academy)

Aku dah selesai urusanku di sana untuk hari itu. lalu aku segera ke pejabat untuk cop jari. Aku memang dah bersedia untuk pulang ke rumah sebab masa tu dah sangat exhausted. Tu la akibatnya tak bawa ubat dan malas makan ubat! tiba2, guru memanduku cakap, "munirah, awak tunggu dulu ye. dalam setengah jam lagi pak awie hantar awak balik".....huh,, dahlah aku nak balik cepat. masa tu dah jam 3.30 petang. aku solat pun tak lagi ni!!
Tiba-tiba....

sis a : "eh,aku punye giliran lambat lagi r. ni leceh jadi calon PSM ni. kalu ada cikgu, kan senang.."
sis b : " sama r ngan aku. kakak tu kate lepas asar baru boleh. eh,mu semayang dok agi?"
sis a : " dok agi r ni.. nak semayang gane, baju semayang pun aku dok bawak"
sis b : " doh, meh r kite g tengok kat surau tu.. kot2 ade baju semayang.. biar r busuk pun. pakai jela..
aku : "kak2, akak nak g solat ke? jom.. saya pun nak g solat gop"
sis b : " adik bawa baju semayang ke?" (*dengan muka mengharap*)
aku : " tak.."
sis a : " doh, adik nak semayang pakai baju semayang mane?"
aku : " pakai baju ni jela.." (sambil menunjukkan ke arah bajuku)
sis a&b : " hah??" (*muka pelik*)

on the way ke musolla...

sis a : " dik, boleh ke solat dok pakai baju semayang? kak takut dok sah je solat adik.."
aku : " boleh je kak.. asalkan menutup aurat"
sis a : " terasa akak dik kabo gitu..tapi adik takpe r. pakai baju kurung. tudung labuh lagi."
aku : " tak pakai baju kurung dan tudung labuh pun boleh gop kak. asalkan tutup aurat dan cukup syarat"
sis b : " doh kalau akak pakai baju kurung boleh la ye?"
aku : " boleh.. tapi make sure baju dan tudung akak tak nipis dan jarang r.."
sis b : "ha? akak tak faham r.. "
aku : " maksudnya, asalkan akak pakai baju yang cukup syarat untuk menutup aurat, tak yah pakai baju semayang pun takpe. dan baju akak tu mesti r tak ketat dan jarang. tudung akak pun sama, tak nipis dan labuh menutupi dada. kalau semua dah lengkap, ok laa"
sis a : " dah adik kalau gi jalan2, tak bawa kain semayang la yer? "
aku : " erm,, lebih kurang gitu r.. jarang2 je bawa kain semayang. kalau baju saya kena najis, baru r saya pakai baju semayang kak.."
sis b : " dik, bila awak start pakai yang labuh2 ni? tak panas ke? "
aku : " lupa la.. rasa2 nya masa akhir form2. tak panas pun kak, lagi selesa ape"
sis b : " sebelum tu? "
aku : " pendek2 jugak"
sis b : " adik memang pakai tudung besar sokmo ke? "
aku : " tak semestinya pakai tudung labuh kak, macam saya kata tadi la, asalkan tutup aurat.. saya gilir jugak. tengok yang mana dah iron je " 
sis b : " hurm..." (*sambil memikirkan kata2ku*)

Secara jujurnya aku katakan, memang aku seorang saja makhluk asing yang memakai baju kurung dan tudung labuh kat PSM Academy tu. Aku pun pelik jugak, tapi perasaanku normal n neutral. PH7..hehe. tak de langsung rasa malu or segan.. Kulihat orang lain rata2nya meminjam baju dari adik2 mereka. Mungkin mereka sesaiz kot..


' dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) ' -annur:31


Teringat pulak pesanan ustazah subjek syariah islamiyah, ustazah maimunah.
" kalau awak nak tau awak dah tutup aurat dengan sempurna atau tak, awak checklist diri awak sendiri sama ada pakaian yang awak pakai untuk keluar tu boleh dipakai untuk solat atau tak. kalau awak yakin boleh solat tanpa kain sembahyang, maknanya awak dah menutup aurat dengan sempurna. "

thanks a lot ustazah atas nasihat dan peringatan yang cukup mendalam tu, Insyaalah aku akan sematkan dengan utuh di dalam jiwa sampai bila-bila..

pernah jugak seorang junior tanya aku camne aku boleh start pakai tudung labuh. aku cuma jawab macam ni..

" cuba awak bayangkan, kalau kita exam, kita mesti la nak result yang gempak. kalau kita masak, mestilah kita nak makanan kita tu sedap. kalau kita beli baju, mestila kita nak baju kita tu yang berkualiti. kalau kita main bowling, mestila kita nak score paling tinggi. sama la jugak kalau kita solat,mestila kita nak solat kita tu sempurna dan kalau kita nak tutup aurat, mestila kita kena tutup dengan sempurna. kalau kita solat dan tutup aurat hanya untuk cukupkan syarat dan sekadar cukup2 makan je, no use and not worth la kita lakukan semua tu. pahala tak dapat, dosa pulak yang kita kumpul. "

Junior tu terus tersengih dan mengangguk-angguk..

Pernah jugak masa aku solat kat Masjid Ladang, aku hanya terus solat tanpa mengambil baju sembahyang di rak belakang. Kebetulan pulak masa tu aku masih kekal wuduk dan mengenakan jubah. Tapi lepas aku sudah solat tu, ada makcik kat masjid tu datang tegur aku dan mengatakan yang solatku tak berapa sempurna. bila aku tanya kenapa, makcik tu jawab sebab aku tak pakai baju sembahyang. kemudian aku pun jawab lah yang pakaian ku dah cukup syarat dan boleh dibawa dalam solat. Aku cakap jugak kalau aku pakai baju sembahyang pun, aku tak kan salin jubahku. So,kire macam aku pakai 2 lapis la. Tapi, makcik tu tak nak terima jugak penerangan aku tuh. Last2 sekali, aku yang tak mahu gaduh ngan makcik dan hormatkan makcik, aku terus ngaku yang aku salah dan mintak maaf.

Konklusinya di sini ialah, masih perlukah baju sembahyang itu jika pakaian kita sudah boleh dibawa untuk solat? kan lebih senang begitu, tak perlu lagi nak bawa beg asing semata-mata untuk letak baju sembahyang.

~ selamat berfikir ~

8 comments:

  1. hee.telah tersampaikan pun.kat berdua sis.

    ReplyDelete
  2. Pemahaman masyarakat Melayu masih cetek tentang perkara2 asas agama..itu saje komen yg buleh diberi...

    ReplyDelete
  3. Whoa, very thoughtful of u...
    So skang knal x gie sayer?
    (B'smbg dri comment blog Mahirah)

    ReplyDelete
  4. aimi amirah ariffin ke??
    waa,,aimi ad blog. naper sy xtau? mane aci i.. geng sdiri pn x habaq.. kalau still kt sek, x mo bw bekal dh..hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...Allah beri kita kefahaman ilmu agama yg lebih..
    mmg ada yg x tau sbb x biasa...kalau nk sembahyang...kene ada kain sembahyang...tu kefahaman yg salah, kita yg tau kene ade rasa tanggungjwb betulkan pemikiran mrka
    bagus hani...teruskan berdakwah...^_^

    meh pakat2 5AK ramai2 wat blog...^_^
    hani tau x agi blog geng spm...blog isma,naza,ummi..blog kump2 ye

    ReplyDelete
  6. syauqatul wardah
    - btol tu b2.. sy da tau sal blog geng diorang..tapi mls nk join. x de org yg ajak..hehe

    ReplyDelete
  7. proud with you..huhu. gud da'wah..like;D

    ReplyDelete
  8. kesempurnaan solat bukan terletak pada kain smayang. btl x? hehe

    ReplyDelete