Monday, March 1, 2010

Welcome Marwah !!!!

Titt....tittt...
1 message received
 ' Hani, kite jd g ganu.. ibu kite kasi '........mesej from marwah

keesokan paginya, masa tu ummi tengah siap2 nak gi keje.. tengah betul2kan tudung depan cermin.. lalu datanglah aku dengan senyum kambingnya,,,

aku : ummi, ada kawan nk datang. Die dari KL. Anak makcik Ton.
ummi : Makcik Ton mhi tu ke?
aku : haah.. die tido sini
ummi : owh, datanglah.. die lelaki ke perempuan?
aku : mestilah perempuan mi.. takkan lah nak ajak budak laki tido rumah kowt...
ummi : mana la ummi tau..die nak datang bila?
aku : isnin malam sampai sini..
ummi : owh...

huhu... ummi2.. ade ke.. takkan la aku nak ajak kawan laki datang dan tido kat rumah kot. kalau setakat datang beraya or datang jenjalan je kat rumah, boleh la..

dan pada hari ini, saat ini, detik ini, aku hanya menunggu masa je untuk menyambut ketibaan marwah.. beberapa detik je lagi, marwah akan tiba di bumi terengganu.. WELCOME TO TERENGGANU MARWAH !!! dan aku dah berjanji dengan marwah untuk menjemputnya dekat airport.. kebetulan, dekat je ngan rumah aku.. tengah tunggu call dari marwah je ni untuk p jemput die..

dan esok,, marwah dan fira akan ikut aku ke HUSM, kubang kerian.. aku ada appointment dengan speciallist kat sana. mula2 aku ajak fira je temankan aku ke sana. tapi, alang2 marwah ada kat sini, so angkut jela sekali. esok perjalanan 3 jam ke HUSM.. dan semestinya kami akan sembang puas2 dalam kereta...

setakat itu dulu.. hantaran ni dipost sementara menunggu ketibaan marwah shamsuri aka peserta paling rajin mhi.. hohoho..

p/s : masih merangka2 dalam kepala kemana mahu bawa marwah jenjalan kat ganu ni yea?? urm,, masjid kristal ok kot.. lg? naik bot dari jeti seberang takir ke jeti shahbandar. mesti best. explore sg ganu. sebelum ni gi bandar naik kereta,kali ni naik bot..huhuhu

4 comments:

  1. Jgn lupa ajak kawan tu pergi stadium gong Badak ye...hehe

    ReplyDelete
  2. >akufobia:
    tafaddhol

    >ibnushams:
    yup, ni la puncanya..maaf3

    >fahmi hanafi:
    semestinye!!! mmg nk p jogging kt taman rekreasi sekitar tasik kt sebelah stadium tu..sambil jogging, sambil menikmati panorama stadium runtuh..he3

    ReplyDelete